
SEA-DWELLER m126603-0001

Penghuni Laut Dalam
Rolex mencipta Oyster Perpetual Sea-Dweller pada tahun 1967 untuk menyahut cabaran misi di bawah permukaan air dalam tempoh yang lama. Selepas ditambah baik dengan kerjasama rapat bersama para pakar Comex (Compagnie Maritime d'Expertises), model ini kini kalis air hingga 1,220 meter (4,000 kaki). Sea-Dweller direka khusus untuk selaman tepu. Dengan adanya injap lepas helium, jam ini mampu menahan penyahmampatan semasa naik semula ke permukaan – fasa terakhir penerokaan laut dalam.
Hubungi Kami© 2024 Chung Fatt Kee. All Rights Reserved. Website by Adastra Design